Rabu, 27 Julai 2011

GRADING LIANPADUKAN PAHANG 2011

             AlhamdulilLah. Pada 23 hb Julai (sabtu) baru-baru ini, Persatuan Seni Silat Lian Padukan cawangan Pahang telah selamat mengadakan majlis Grading /Ujian kenaikan Peringkat Bengkung/ talipinggang bagi tahun 2011. Ujian Grading ini dijayakan dengan kerjasama daripada guru-guru gelanggang Induk di Johor Bahru,cikgu Jep, cikgu arif, cikgu Ain dan ayahanda Guru Utama sendiri, Guru Dr Hj Hasyim bin Hj Salleh. Tidak lupa juga cikgu Dato' Azmi dari gelanggang Kuantan bersama-sama 2 pesilat bimbingannya turut menjayakan majlis pada kali ini.
             Majlis dimulakan jam 9 mlm dan berakhir jam 1.45 pagi. Seramai 22 pesilat dari gelanggang SMK Chanis, Muadzam Shah menyertai majlis ini. Tidak termasuk 3 beradik pesilat (anak angkat ayahanda guru utama) yang menyertai ujian di saat-saat akhir. Ujian yang dijalankan adalah bagi peringkat Jurus, Lian peringkat 1, lian peringkat 2 (reju), Lian peringkat 3 (tumbuk mengambil) dan Lian Pagar.
             Majlis turut diserikan dengan kehadiran abang Hamzah, pengamal Seni Silat Lian 12 bersama-sama dengan menantu beliau, Encik Shamsul dan kenalan beliau, En. Arif dan En. Zakri dari Muadzam Shah. Kehadiran beliau amat bermakna tambahan pula bagi tujuan menjalinkan silaturrahim dengan LianPadukan khasnya dengan ayahanda Guru Utama Hj Hasyim bin Hj Salleh. Pada pertemuan ini kami berpeluang bertukar pandangan dan merapatkan hubungan antara silat aliran buah pukol. Pertemuan ini juga lebih bermakna apabila abang Hamzah turut menghadiahkan salinan nukil daripadanya, aliran Lian 12 kepada ayahanda Guru Utama.
             Rumusan daripada majlis ini, walaupun penat dan mengantuk (pulang ke rumah jam 4.50pagi) ianya sangat berbaloi dan memberi penuh makna terutamanya kepada tuan rumah majlis grading. Komitmen daripada semua yang terlibat menjayakan majlis ini adalah sangat dihargai. Segala kekurangan dan teguran membina yang diterima juga akan diperhalusi dan diperbaiki pada masa akan datang... InsyaAllah!

1 ulasan:

  1. Salam,

    Tahniah dan Syabas Kepada Gelanggang Cikgu Kamal atas kejayaan mengadakan majlis grading di Muazzam,Pahang.

    Tahniah dan syabas juga kepada Ayahanda Dr.Haji Mohammed Hasyim Bin Haji Salleh atas kehadiran beliau dan merasmikan majlis tersebut.

    Tahniah atas usaha cikgu-cikgu dari Johor Baharu dan Kuantan menjayakan majlis grading tersebut.

    BalasPadam

KOMEN JE