Ahad, 1 September 2013

Ukuran & Jangka senjata



 

 

Pesilat yang baik mampu menjangka keupayaan serangan musuh dan masa tindakbalas bagi counter attack. Kegagalan dalam jangkaan dan membuat keputusan dengan pantas bakal membawa kepada kecelakaan yang serius. Masa sedetik dalam pergaduhan yang menentukan samada hidup atau mati adalah lebih berharga daripada emas setimbun! Maka, belajarlah daripada yang tahu petua 'ukuran & jangka'. Bak kata pepatah lianpadukan; 'Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tak cukup syarat.... ' .  Sebagaimana juga tertulis di dalam nukil Lian Padukan; Ukuran dan jangka harus dipelajari, barulah boleh mengenal.......

 Video di atas adalah kaedah/ kajian senibeladiri yang ditunjukkan oleh Dan Inosanto, pewaris JKD. Andainya anda menggunakan pistol, anda silap jika mengatakan anda selamat daripada serangan senjata pendek! Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Selamat Hari Raya




Setelah sekian lama tidak menulis di dalam blog ini. Hari ini teman tergerak hati pula untuk menulis. Cacatan hari-hari akhir Syawal. Maka sempena bulan syawal yang mulia ini, teman ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengamal-pengamal silat secara umumnya dan kepada semua saudara-saudara seperguruan Seni Silat LianPadukan seluruh Malaysia khususnya. Maaf Zahir & Batin.

Semoga tali persaudaraan sesama kita berkekalan hendaknya. Biarlah perbalahan yang lepas itu... lepas! Buanglah yang keruh.... ambillah yang jernih.



Khamis, 31 Januari 2013

BENGKEL SILAT KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2013

AlhamdulilLah tahun sini sekali lagi pihak sekolah SMK Chanis melaksanakan program khas Bengkel Silat bagi pengawas sekolah sesi 2013. Bengkel ini diadakan bagi melengkapkan Program Kem Kepimpinan Pengawas 2013. Bengkel ini diadakan pada 16 Januari dan 23 Januari bertempat di Dewan Al-Ghazali SMK Chanis. Teman bertindak sebagai moderator menunjukcara teknik seni mempertahankan diri kepada semua pengawas pada hari tersebut. Teknik-teknik yang diajar menfokus kepada teknik melepaskan pegangan / kuncian mudah musuh (kebanyakannya teknik daripada pelbagai disiplin seni mempertahankan diri yang pernah teman pelajari- sebenarnya tak pandai mana pun. banyak yang belajar separuh jalan!)

Pada minggu yang sama 18-20 Januari juga teman dijemput oleh sahabat teman, En. Mohd Ruhaifi Abdul Razak, Guru Disiplin SMK Muadzam Shah untuk mengadakan bengkel yang sama kepada Pengawas SMK Muadzam Shah bagi mengisi ruang masa riadah Kem Kepimpinan dengan seni mempertahankan diri. Teknik-teknik yang diajar adalah teknik yang sama dengan di sekolah teman. Pada kesempatan itu juga teman memperkenalkan permainan buah pukul Lian Padukan kepada peserta. Manalah tahu ... kut-kut ada yang terbuka hati dengan buah pukul. Paling tidak pun .... berputik minat belajar silat. Tak kisahlah aliran mana pun! Ada juga peserta yang teman kesan nampaknya berminat ....cuma  masa tuan punya badan yang nak mengajar itu pulak yang agak terhad....

Terima kasih juga teman ucapkan kepada Guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan bengkel tempohari khasnya kepada pengetua SMK Muadzam shah; Pn Hjh Zaharah, Guru Disiplin; En Ruhaifi dan En. Yamin. Tidak lupa juga ucapan terimakasih buat guru-guru SMK Chanis, Pn Mazlina, Cik Shida dan Cik Marliana yang menjadi fasilitator. Semoga  Allah memberi rahmat kepada semua. Jangan lupa, tahun depan kita adakan lagi bengkel seperti ini jika dipanjangkan umur & diizinkan Allah. Amin... 

 Bengkel Pengawas di SMK Muadzam Shah




Bengkel di SMK Chanis