Sabtu, 23 Oktober 2010

Bengkel Beladiri Tangan Kosong Bagi Pengawas Sekolah

Satu bengkel Beladiri Tangan Kosong Khas bagi Pengawas sekolah & Pengawas Pusat Sumber SMK Chanis Muadzam Shah telah diadakan pada 19 Okt - 21 Oktober yang lepas. Latihan bermula jam 3.30 ptg dan berakhir jam 5.30ptg (3 hari berturut). Objektif utama bengkel diadakan adalah bagi meningkatkan keyakinan peserta (pengawas) dan memperkenalkan dunia seni beladiri di kalangan pelajar khasnya Silat Lian Padukan. Maklum balas yg diterima daripada peserta amat memberangsangkan. Dalam modul singkat ini, pelajar didedahkan dengan petua2 bertumbuk, teknik serangan kaki terpilih dan teknik kuncian asas serta beladiri "counter attack" (close quarter combat). Harapan penulis = biarlah bertambah ahli Lian Padukan yg aktif di bumi Pahang amnya dan di sekolah khasnya. InsyaAllah modul 2 akan dilaksanakan tahun hadapan sebelum Kem Kepimpinan Pengawas 2011.

Jumaat, 17 September 2010

Catatan Syawal.

BismilLahhirrahmanirrahim.

Catatan kali ini berkenaan Hari Raya Aidilfitri 1431H. Sempatlah beraya di kampung. Balik awal ke Pahang kerana sekolah anak tidak mengambil cuti. Maklumlah, UPSR Isnin ini = 20 September. Kalau sekolah rendah ambil cuti, maksudnya terlepaslah peluang berjumpa pelajar calon UPSR buat kali terakhir sblm UPSR. Syabas di atas komitmen mendidik anak bangsa tanpa jemu-jemu kepada guru2 SK (f) Keratong 7. Inilah yg dikatakan Lilin membakar diri utk menerangi insan lain. Namun jauh di sudut hati penulis, frust juga sbb cuti raya bg Sekolah menengah masih ada. Terpaksa balik pulak demi anak2. Itulah dugaan...

Hari raya tahun ni (ramadhan lalu), penulis berkesempatan berjumpa 2 orang bekas pelajar SMK di sini. Kebetulan pula bekas anak murid silat di sekolah. Seorang daripadanya pernah menyandang gelaran juara tomoi Pahang tahun 2006 mengalahkan peninju PDRM (juara bertahan >3kali). Sekarang masih lagi aktif dgn tomoi di Jerantut.  Bukanlah bermaksud menaikkan/ menjual nama bekas penuntut ini tapi yg penulis puji ialah sikap merendah diri bekas pelajar ini. Sanggup menurunkan/ meletakkan gelaran yg disandangnya sbg juara dgn menyambung pelajaran Liannya yg tertangguh sebelum menyertai glanggang tomoi. Kenapa? Jawapannya = menghargai ilmu yg ada di depan mata. Maka setiap kali bercuti, pasti dia bertandang ke rumah utk mengulangkaji & menambah apa yg patut. Satu lagi kelebihan pelajar ini ialah pelajar dgn emas 10. Sejuk hati menyampaikan ilmu. Seorang lagi, hanya sempat belajar sampai Lian peringkat 2 sahaja semasa tingkatan 5. Sekarang dah jadi jurutera tapi masih menyimpan hasrat menyambung belajar LianPadukan (Itu pun selepas menonton Filem Ip Man 1,2 & IpMan the legend). Tak kisahlah, janji ada niat yg baik.

Maka begitulah hendaknya kita dalam menuntut ilmu. Makin tunduk bila berisi. Bukan mendabik dada dgn ilmu yg ada. Siapalah kita dibandingkan dgn Allah SWT. Bukannya hendak menghargai ilmu yg disampaikan oleh guru, bahkan menabur fitnah pula kepada guru sendiri. Hingga ada yg sanggup menfitnah LianPadukan mengamalkan ajaran sesat! Kepada individu ini yg penuh dgn hasad di hati... insaflah selagi berkesempatan!

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Isnin, 23 Ogos 2010

Renungan

Ali r.a. berkata:

"Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf ketika marah.
2. Suka memberi ketika susah.
3. Menjauhi yang haram ketika sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu daripadanya."

Baru belajar

Hari ni banyak masa dihabiskan di sekolah untuk belajar edit blog. Maklumlah ketinggalan teknologi. Belajar balik dengan guru2 muda bagaimana nak edit blog. Punya la haru school net di sekolah bukan main lembab. Naik bosan menunggu. Akhirnya, punah ranah dibuatnya blog Lian Padukan Pahang. Esok sambung semula belajar dgn budak2 muda. Inilah yg dikatakan, belajar hingga ke liang lahat. Sampai ke tua pun masih ada benda yg tak pandai! Kena le tebalkan muka bertanya... kalau tak... sesat jalan pulak!

Jumaat, 13 Ogos 2010

Bulan Ramadhan tiba lagi.

Saya bagi pihak semua ahli Lian Padukan Pahang ingin mengucapkan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua warga Persatuan Seni Silat Lian Padukan SeMalaysia. Terutamanya utk semua cikgu2 khatam dan bakal2 khatam serta pengikut2 setia Lian Padukan. Ahlan wa sahlan shahru Ramadhan! Semoga diberkati Allah SWT.

Isnin, 26 Julai 2010

Masih Banyak Ruang Kosong

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat seperguruan yang menyokong perjuangan Lian Padukan amnya, dan blog LianPadukan Pahang khasnya. Tidak lupa buat cikgu Ayeen, yang memberikan sokongan dan bertindak sebagai penggerak awal sehingga terbinanya blog ini. Terima kasih diucapkan. Sokongan yg beginilah membuatkan Lian Padukan terus berkembang dan semakin kuat ukhuwah di kalangan ahli.

Buat ayahanda guru utama, Hj Hashim bin Salleh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ayahanda. Buat Cikgu Dato' Azmi merangkap mentor dan abang, merangkap teraju utama lian padukan Pahang, Tunjuk ajarmu masih diperlukan. Serta buat sekalian rakan-rakan khatam dan ahli Lian padukan Malaysia; Hidup Lian Padukan!

Bukanlah bermaksud, berceloteh panjang berjela, sementelah cikgu sains seperti saya sebenarnya kurang fasih berbicara apatah lagi menulis di laman blog. Puas difikirkan barang apa catatan yang nak ditulis. Puas dicetuskan ilham apa yang bakal terpancar. Akhirnya dengan sedikit kudrat yang ada, ku beranikan diri juga menulis di blog ini. Maklumlah, rasa ketinggalan pulak berbanding blog2 Lian Padukan yang lain.

Sesungguhnya pencarian ilmu tak pernah berakhir. Dari awal penglibatan dalam dunia persilatan ini, perjalanan tak pernah sampai ke hujung.Ada sahaja ruang kosong yang perlu diisi. Bukanlah tujuan utama berguru untuk menjadi kuat. Yang kuat itu hanyalah Allah. Apalah sangat kudrat insan biasa. Tapi sebenarnya terpesona dengan 'seni' yang hidup dalam persilatan khasnya Lian padukan, itulah sebab utamaku bergelanggang.

AlhamdulilLah, setakat sedikit ilmu yang ada, insyaAllah berguna suatu hari kelak (jika diizinkan Allah). Sebab itu lah selalu disebutkan, belajar biar sedikit asal dapat berkat belajar dengan guru. Biar kalah di gelanggang latihan, jangan kalah dalam gelanggang sebenar (gelanggang hidup di dunia dan di akhirat). Belajar banyak pun tak berguna kalau dah derhaka dan tak mengenang budi guru. Lebih menyedihkan jika ditambah dengan fitnah yang bukan-bukan sehingga terputus silaturrahim antara guru. Bagaimana pula nak berkat. Hanya Allah jualah yang Maha  Mengetahui. Sesungguhnya balasan Allah itu amat pedih!.

Selasa, 22 Jun 2010

SENJATA LAPAN & PEDOMAN

BISMILLAH NIIRAHMAN NIIRAHIIM....selamat bertemu kembali kepada semua lama betul tak 'upgrade' blog ni AL MAKLUM LAH bz..
Artikel kali ini lebih kepada pengenalan secara ringkas dan serba sedikit sejarah teknik-teknik sukatan pelajaran dalam LP.
SENJATA LAPAN.
latihan dalam lian padukan berkisar kepada teknik2 menghidup kan SENJATA LAPAN ,iaitu penggunaan kedua-dua PENUMBUK,SIKU,LUTUT dan KAKI.latihan ini sesuai untuk perlawanan sebenar dan konsep 'SUDDEN DEATH' kerana kesemua sendi tadi akan berfungsi 'MEMAKAN' lawan.
Konsep 'TEPIS' -MAKAN' menjadi senjata dalam lian padukan selain pukulan2 kasar dan seni buah pukulnya.konsep bertahan tiada dalam istilah dalam lian padukan.selagi boleh serang,mereka akan serang tanpa belas kasihan.
teknik2 dalam lian padukan adalah teknik terpilih.ia adalah gabungan teknik2 terbaik,tetapi sya tak pula kata teknik seni beladiri yang lain tak bagus.setiap seni beladiri itu ada kelebihan masing2.latihan lian padukan bercorak perlawanan sebenar,ini bertujuan untuk melahirkan pelatih2 agar betul2 'KERAS' dan mahir menggunakan teknik2 lian padukan 'siapa yang pernah merasa latihan Lp ini memang tau lah macam mana rasa nya nak tercabut urat dan tulang kadang2 semput juga kah!!kah!!.untuk memahirkan perlawanan di jalanan 'STREET FIGHTING' ,titik,perisai,tumbuk,siku,lutut dan tendang di lakukan betul2 ketika latihan.
selain itu juga lian padukan turut berdakwah melalui aliran silat ini,silat itu ke arah islam PESAN AYAHNDA
"ISLAM DAN SILAT " itu sepatutnya bergerak seiring dan sekaligus dapat menyebarkan syiar islam melalui silat dan ujar beliau lagi..walau pun bukan satu tugas yang mudah kerana tidak semua pelatih dapat menerima dengan baik tapi ayahnda tetap yakin keikhlasan beliau akan di redahi allah swt tetap meneruskan jua kerana budaya dan adat dalam silat mencerminkan ciri2 islam dan ia harus di pelihara demikian lah pesan ayahnda.
falsafah ini juga pernah di sampaikan dari ayahnda satu ketika dahulu berbunyi:
-SILAT SEBAGAI CABANG FARDHU KIFAYAH
-MENDIDIK DAN MENDISIPLIN MURID SUPAYA HORMAT GURU,IBU BAPA,KELUARGA DAN RAKAN2
-DI TEGAH BERGADUH SESAMA SENDIRI(AHLI).
-MEMANJANGKAN SILATULRAHIIM DENGAN PERGURUAN2 YANG LAIN MAHU PUN SESAMA SENDIRI
-JANGAN CARI MUSUH ATAU MENCACI PERMAINAN ORANG LAIN.
-AMALKAN SIKAP RENDAH DIRI,SABAR DAN TOLONG MENOLONG.
sampai di sini dahulu artikel sya pda waktu ini di harap kita semua dapat menafaat sedikit sebnyak penulisan sya pada kali ini di lain waktu insyallah sya akan sajikan artikel2 mengenai silibus dan yang sewaktu dengan nya..wasallam..

Isnin, 31 Mei 2010

LIANPADUKAN PAHANG

assalamuallaikum..syukur allhamdullilah ke hadrat allah swt, berjaya juga akhirnya blog lianpadukan pahang .terlebih dahulu saya ingin merakam kan jutaan terima kasih kepada ayahanda guru,tanpa sokongan dan dorongan beliau siapa lah.tanpa tunjuk ajar beliau juga mungkin saya tidak akan dapat meneruskan lianpadukan seorang.saya juga mengucapkan tahniah kepada adik-adik khatam saya dan rakan-rakan lianpadukan kerana telah mendahului saya begitulah hendaknya harapan saya melihat lianpadukan telah hampir ke destinasi yang di tuju ,saya memohon maaf kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama -sama ketika lianpadukan di landa macam-macam dugaan tapi syukur allhamdullilah tanpa saya pun nampak nya kawan-kawan semua dah boleh mengalas tanggungjawab.di harap bantu lah saya dari masa ke semasa