SENJATA LAPAN

SENJATA LAPAN GAYANG LIMA,TA' LIANPADUKAN HILANG DI DUNIA

Maksud senjata 8 adalah penggunaan kedua-dua penumbuk, 2 siku, 2 lutut dan 2 kaki.
Gayang 5 bermaksud gerakan badan di tengah, ke hadapan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan. Gayang 5 ini juga bermaksud arah penumbuk/ serangan yang datang samada dari tengah, dari atas, dari bawah, dari kiri atau dari kanan.

Dalam persilatan ini penggunaan senjata yang lapan sangat ditekankan. Oleh itu, penting bagi seseorang pesilat untuk memahirkan penggunaan senjata lapan ini. Sukatan pelajaran yang disusun dalam 5 peringkat sebelum khatam bertujuan untuk menghidupkan senjata lapan pelatih/ pesilat dengan susunan langkah yang tertentu.

Peringkat pelajaran:
1. Jurus - memahirkan senjata 8 dalam langkah papan sekeping (landasan)
2. Lian Peringkat 1 (gelek 2 belah)  - memahirkan langkah bergelek sambil mengelak
                                                        & serangan balas langkah 3.
3. Lian Peringkat 2 (Lian Reju) - memahirkan langkah gelek sambil menyerang balas
                                                  dengan serangan berturut & bertali-arus sehingga
                                                  lawan tumpas.
4. Lian Peringkat 3 (Lian tumbuk mengambil) - memahirkan langkah serangan sambil
                                                                      membalas serangan sekiranya
                                                                     diserang kembali (counter attack)
5. Lian Peringkat 4 (Lian Pagar) - memahirkan langkah bergelek atas bergelek
                                                    sambil menyerang balas.

Latihan penggunaan senjata seperti tekpi, selengan, belantali dan tembung akan diselitkan semasa pelajaran peringkat lian.

Apa sahaja yang tercatat di sini adalah sekadar panduan sukatan pelajaran sebelum peringkat khatam. Pembaca disarankan supaya bertemu guru-guru Lian padukan bertauliah untuk keterangan lanjut. Malu bertanya, sesat jalan.