Isnin, 26 Julai 2010

Masih Banyak Ruang Kosong

Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan sahabat-sahabat seperguruan yang menyokong perjuangan Lian Padukan amnya, dan blog LianPadukan Pahang khasnya. Tidak lupa buat cikgu Ayeen, yang memberikan sokongan dan bertindak sebagai penggerak awal sehingga terbinanya blog ini. Terima kasih diucapkan. Sokongan yg beginilah membuatkan Lian Padukan terus berkembang dan semakin kuat ukhuwah di kalangan ahli.

Buat ayahanda guru utama, Hj Hashim bin Salleh, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan ayahanda. Buat Cikgu Dato' Azmi merangkap mentor dan abang, merangkap teraju utama lian padukan Pahang, Tunjuk ajarmu masih diperlukan. Serta buat sekalian rakan-rakan khatam dan ahli Lian padukan Malaysia; Hidup Lian Padukan!

Bukanlah bermaksud, berceloteh panjang berjela, sementelah cikgu sains seperti saya sebenarnya kurang fasih berbicara apatah lagi menulis di laman blog. Puas difikirkan barang apa catatan yang nak ditulis. Puas dicetuskan ilham apa yang bakal terpancar. Akhirnya dengan sedikit kudrat yang ada, ku beranikan diri juga menulis di blog ini. Maklumlah, rasa ketinggalan pulak berbanding blog2 Lian Padukan yang lain.

Sesungguhnya pencarian ilmu tak pernah berakhir. Dari awal penglibatan dalam dunia persilatan ini, perjalanan tak pernah sampai ke hujung.Ada sahaja ruang kosong yang perlu diisi. Bukanlah tujuan utama berguru untuk menjadi kuat. Yang kuat itu hanyalah Allah. Apalah sangat kudrat insan biasa. Tapi sebenarnya terpesona dengan 'seni' yang hidup dalam persilatan khasnya Lian padukan, itulah sebab utamaku bergelanggang.

AlhamdulilLah, setakat sedikit ilmu yang ada, insyaAllah berguna suatu hari kelak (jika diizinkan Allah). Sebab itu lah selalu disebutkan, belajar biar sedikit asal dapat berkat belajar dengan guru. Biar kalah di gelanggang latihan, jangan kalah dalam gelanggang sebenar (gelanggang hidup di dunia dan di akhirat). Belajar banyak pun tak berguna kalau dah derhaka dan tak mengenang budi guru. Lebih menyedihkan jika ditambah dengan fitnah yang bukan-bukan sehingga terputus silaturrahim antara guru. Bagaimana pula nak berkat. Hanya Allah jualah yang Maha  Mengetahui. Sesungguhnya balasan Allah itu amat pedih!.