Sekali lagi penulis gagahkan hati menulis blog ini. Walaupun berat rasa nak memula bicara tapi atas amanah... ku teruskan jua!
Agak lama juga tidak mengemaskini blog ini terasa canggung hendak memulakannya semula. Kali terakhir blog ini dikemaskini kalau tak silap penulis, bulan oktober yang lalu. Sekadar makluman, sepanjang tempoh itu menyaksikan beberapa peristiwa penting dalam dunia persilatan LianPadukan.
Antara yang tidak dapat penulis lupakan ialah pemergian Guru Buah Pukul tersohor iaitu Allahyarham Pak Atan Air Batu di Kluang Johor jam 5 petang, 30 November 2011 bersamaan 5 Muharram 1433 Hijrah. Allahyarham Pak Atan Air Batu juga pernah menjadi guru peribadi kepada Ayahanda Guru Utama, Hj Mohd Hashim Salleh. Mudah-mudahan roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman... Al- Fatihah.
Seperti biasa setiap kali musim cuti persekolahan hujung tahun guru-guru sekolah seperti kawan ni memang seronok bercuti. Tapi sebenarnya bukan semua guru-guru yang dok syok bercuti. Ada sesetengah spesis guru ini yang masih bekerja semasa cuti ... salah seorangnya; penulis. Sibuk dengan urusan peperiksaan SPM dan pengurusan sekolah. Namun sempat jua meluangkan masa bagi kursus Lian tasbih & Kipas nandung yang diadakan baru-baru ini. Bengkel yang membuka mata penulis berkenaan permainan senjata boleh-lentur Lian Padukan. Satu bengkel yang sangat unik kerana penulis tidak pernah terfikir tasbih dijadikan senjata. Permainannya hampir sama dengan seni cindai tapi tidak serupa. Syabas kepada Cikgu Hisyam Giant kerana telah mengelolakan bengkel ini dengan jayanya.
Video bengkel lian tasbih ; www.youtube.com/watch?v=eu3gT4zTLqk
Musim cuti sekolah yang lalu juga penulis bersama keluarga sempat berkunjung ke negara asal Permainan Buah Pukul. AlhamdulilLah, segalanya berjalan lancar semasa kunjungan ke negara tersebut. Mungkin suatu hari nanti penulis diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke bumi Yunan. InsyaAllah.
Ahad, 15 Januari 2012
Ahad, 30 Oktober 2011
BERSILAT SAMBIL BERAMAL
Sekali lagi pada tahun ini, Program 'WORLD FIGHTING FOR LIFE 2011' akan kembali.
Program kali ini akan melibatkan lebih ramai guru2 dari seluruh dunia mengadakan bengkel dan workshop martial arts atas dasar bagi mengutip derma membantu anak2 yatim dan kanak2 yang susah ( 3rd world country ).
Kursus 1, Nov. 2009 - Untuk FFL, Tekpi bersama Hikayat 1001 Tumbok
Kursus 2, Feb. 2011 - LPMAA, Kursus Belantali bersama Applikasi Tangan Cengkadak
Kursus 3, Nov.2011- Untuk FFL, Lian Tasbih bersama Applikasi Kipas Nandung
Duit terkumpul akan di sumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim terpilih di selangor. Harapan kali ini, lebih ramai akan terlibat dan bersama-sama membuat amal kebajikan.
KURSUS : Lian Tasbih ( 45 Degree )
Hadiah : Aplikasi / Buah Kipas Nandung
Oleh : Raja Buah Pukol - Ayahanda Dr Haji Mohammed Hashim Salleh
TARIKH : 12 November 2011 ( Sabtu )
MASA : 9.00 - 5.00 pm
TEMPAT : LPMAA gombak ( bergantung kepada penyertaan )
YURAN : BUKAN AHLI - RM150.00
AHLI Dewasa - RM100.00
AHLI / Bukan AHLI Bersekolah - RM 70.00
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi Cikgu Dr Hishamudin di talian; 012-6531372
Langgan:
Catatan (Atom)

