Rabu, 22 Ogos 2012
Di Syawal yang Mulia ini, setelah Ramadhan al-Mubarak berlalu meninggalkan kita... saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H. Saya mewakili semua warga ahli Persatuan Seni Silat Lianpadukan Negeri Pahang menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang saya menjadi wakil persatuan selama ini ada pihak-pihak yang terguris di hati dengan kata-kata atau salah laku kami. Sekali lagi saya mohon maaf zahir dan batin. Semoga Ramadhan yang lalu memberi keinsafan kepada kita semua. Semoga silaturahim serta ukhuwah di kalangan warga silat khasnya Persatuan Seni Silat Lian Padukan semakin bertambah kukuh dan erat. InsyaAllah...
Janganlah sebarang perbezaan pendapat di antara kita dijadikan alasan untuk tidak memaafkan semasa muslim. Anggaplah sebarang perselisihan di antara kita sebagai asam garam manusia biasa yang bakal mendewasakan kita kelak. Janganlah hendaknya ilmu bertumbuk/ ilmu perang yang ada pada kita digunakan untuk bercakaran sesama muslim. Apatah lagi menganiaya semasa manusia. Biarlah kita mengikut resmi padi... semakin tunduk... semakin berisi! Semoga Allah SWT menghapuskan dosa-dosa kita, semoga Allah SWT membuang sikap angkuh yang mungkin terbit dalam hati kita. Sesungguhnya, hanya Dialah yang layak disembah kerana sifat Al-Mutakkabir & Al- AkbarNya.
Mudah-mudahan kita diizinkan Allah untuk dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KOMEN JE